KUALA TERENGGANU: Seorang buruh didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis atas tuduhan membunuh seorang pemandu teksi.
Tertuduh Muhammad Hanif Mohd Rosli, 29, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd Tarmizie Nik Mohd Shukri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu pada 10 Ogos lalu dalam sebuah teksi di tepi jalan hadapan Klinik Kesihatan Seberang Takir, Kuala Terengganu antara jam 10.09 malam hingga 10.56 malam.
Bagi kesalahan itu tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 27 September depan untuk sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Mohd Khairuddin Idris manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Shahir Mat Jusoh.
Terdahulu media melaporkan seorang pemandu teksi ditemukan mati dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya berdekatan sebuah klinik kesihatan di Kampung Seberang Takir pada 10 Ogos lalu.
Lelaki yang berusia 51 tahun itu ditemukan di tempat duduk belakang kereta tersebut dengan beberapa kesan luka di bahagian leher.
Nur Fazlizai Ali
Thu Aug 24 2023
Tertuduh ketika tiba di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu pada Khamis. - Astro AWANI
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 20 Mei 2024.
Hubungan diplomatik Malaysia-China raih pencapaian penting - Teo
Malaysia dan China telah meraih pencapaian penting dalam setengah abad hubungan diplomatik, kata Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching.
Tumpuan Selasa –21 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KP Kementerian Luar Singapura dijatuhkan hukuman penjara, salah guna beg diplomatik
Oh menghadapi dua pertuduhan menipu kerana menyalahgunakan perkhidmatan beg diplomatik.
10 Berita Pilihan - (20 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Cuba ceroboh masuk Istana Negara, dua individu dipenjara dua bulan
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 447/451 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama.
Kerajaan Malaysia bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk bawa keluar pasukan perubatan MERCY
Kerajaan Malaysia sedang bekerjasama dengan rakan antarabangsa untuk membawa keluar sebuah pasukan perubatan Malaysia yang terperangkap di Rafah, Gaza, menurut Kementerian Luar (Wisma Putra).
PM Anwar ulangi gesaannya untuk AS hentikan keganasan Israel di Gaza
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengulangi gesaannya supaya Amerika Syarikat (AS) melakukan apa sahaja yang diperlukan untuk menghentikan keganasan Israel di Gaza.
10 individu ditahan dalam enam serbuan khas aktiviti penyeludupan
Polis menahan 10 individu termasuk seorang wanita dalam enam serbuan menerusi operasi khas Biro Jenayah Hidupan Liar/Perisikan Siasatan Khas.
Dua buruh Indonesia maut dihempap dinding parit konkrit
Mayat mangsa yang identitinya dikenal pasti sebagai Tadi, 29 tahun dan Mustaqim, 42 tahun diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Bunuh tiga kanak-kanak: Mahkamah rayuan kekal hukuman mati terhadap buruh
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman mati terhadap seorang buruh kerana membunuh tiga kanak-kanak yang juga merupakan adik-beradik, lima tahun lalu.
Buruh didakwa bunuh pemandu teksi
Tertuduh didakwa telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Mohd Latif Idris.
Kerjasama global dituntut sempena Hari Penentangan Buruh Kanak-Kanak Sedunia
Kanak-kanak telah dijadikan sebagai buruh paksa sejak sekian lama dan nasib mereka terus diberi perhatian hasil pengorbanan aktivis-aktivis serata dunia.
Bilangan penganggur berkurangan pada April 2023 - DOSM
Bilangan tenaga buruh pada April tahun ini catat kenaikan sebanyak 0.2 peratus kepada 16.84 juta orang berbanding 16.81 juta orang pada Mac.
Padah sogok polis RM100, buruh warga Bangladesh ditahan
Lelaki itu menyogok wang kepada anggota polis sebagai balasan agar tidak mengambil tindakan terhadapnya yang memandu kereta tanpa lesen.
Pekerja asing: Data lengkap mudahkan proses pendaftaran, pengesanan
Kuota masih diperlukan bagi menyeimbangkan penggunaan pekerja asing dengan tenaga kerja tempatan.
Harga sawit tinggi punca pekerja tinggalkan sektor pembinaan - Fadillah
Peningkatan harga minyak sawit di dalam sektor perladangan telah menarik pekerja dari sektor lain, kata Menteri Kanan Kerja Raya Datuk Seri Fadillah Yusof.
Masih ramai majikan tidak endah kebajikan pekerja asing
Masih ramai majikan yang tidak cakna dengan kebajikan pekerja asing mereka terutama dari segi keselamatan dan kesihatan.
Krisis Rusia-Ukraine: Sektor pembuatan dijangka berdepan kesukaran dalam masa terdekat
Public Investment Bank mengambil pendekatan berhati-hati dalam unjuran sektor pembuatan akibat isu rantaian bekalan yang tidak diselesaikan.